Thursday, February 14, 2013

PMG'13

Assalamu'alaikum :) go go go ~ (ala ala abang olan)

Aucak! Lalala ~ dengan penuh semangat nak menaip walaupun hidung meleleh-leleh liquid yang tak diperlukan dalam badan. Dan rasa macam haaaaa geli. Jangan bayangkan hahahaha. K abaikan.

4 hari 3 malam serius tak cukup. Mohon PMG dijalankan selama sebulan. Ksetuju? 


Pada suatu hari, burung-burung berkicauan. Kawan kita ajak pergi PMG'13. Dengan rela hati nya kita pergi lah, maklum lah bukan nya kerja pun. Duduk rumah saje. Ayah kita tak kasi kerja, nak buat macam mana. Kita rasa macam kita je paling semangat sekali nak pergi (koooot). Siap buat check list barang bagai. Sekali bila packing haaa ambil kau. Memang macam tak nak balik langsung. Kakakaka. Lagi semangat bila Kak Mijah tanya berapa kali entah, "Ain, dah bagi nama belum?". Amboi nampak beno dia ghindu kita. Hihihi.  Mohon jangan jealous.

Sampai UPM Serdang ohoooo semangat k semangat. Mana tak nye, dari Jalil ramai kan. 14 orang. Hmmm ada lagi ramai ke? Tak kan lalala ~ HIDUP JALIL ! *tetiba*



(gambar di atas hanya kenangan Jalil semata-mata)

Masuk Dewan Kuliah Utama dia, amboi tak boleh sejuk lagi ke? Tengok Abang Umar dengan Abang Hani Abang Paan semangat introduce diri masing-masing semua. So, time tu so far so good :) haaa ni nak cerita ni gempak ni gempak. 153 orang peserta kan kalau tak salah kita. Peserta teramai PMG Selangor. Kan kan kan? HEBAT !!! *sambil tepuk tangan* Memang ramai sangat sampai tak sempat nak kenal semua. Ada jodoh kita jumpa lagi, kita kenal lagi dekat okay :) haaa excited! Tapi kan, betul lah. Kenapa semangat PMG ni lain eh? Hmmmm 

Okay, kita group UUM. LISTEN. Kdiam semua. Sebuk je semua nak guna treadmark tu :P hewww. Hehe kita gurau saje. Kita dapat Kak Ty yang omey gitu. Tak caye? Tengok lah sendiri kan Kak Ty kan? K jangan kembang. Hihihi. Kak Ty memang terbaikkk. Ni member group kita ---> Anis, Aida, Suha, Zatie, Khairani, Najwa, Azlin, Arif, Danial and Akmal (group leader). Group kami mungkin tak segempak, se-ohsem group yang lain. Gempaknya kumpulan tesebut apabila mereka mengingati sahabat-sahabat dalam doa yang dititipkan :)

"UUM ! Listen ! When I speak ! Listen ! When I speak ! U U M mmm ~ Usaha Untuk Mahasiswa. AAB AAB ABBAB ABBAB AA hah !"

Haa tu lah cheers *tak tau eja* kitaorang. Ramai beno yang jelly dengan part AAB tu :P hmmm penat kita dgn aida dgn anis mengajar part tu. Dah hari ke 3 4 macam tu baru diaorang boleh buat dengan baik. Alhamdulillah :)


Muka pelik kakakaka. Pelik itu UNIK :)


Itu lah hmmmm sobs. Itu lah group kita.

PASANG. Yezza pelik tak pelik? Kalau pelik, itu normal. Kalau tak pelik, awok yang tak normal. Okay? PASANG tu nama batch kami dari cawangan Ampang yang meletop letop cekebam cekebum iollsss. Harap-harap plan reunion kita menjadi. Amin. Jangan memain tau, PASANG siap buat pra-reunion lagi tau. Hmm semangat kan semangat. 

Last but not least, terima kasih kepada akak-akak abang-abang fasi komiti semua. Terima kasih sanggup bersusah payah untuk kami. Terima kasih tak penat melayan kerenah kami. Terima kasih dan terima kasih :) semoga Allah membalas jasa baik akak-akak dan abang-abang dengan sebaik-baik balasan. Amin. In Shaa Allah, nanti muka kita pulak yang sambung perjuangan tu untuk adik-adik yang lain. In Shaa Allah :)

Ukhwah fillah. Tidak akan musnah walaupun ombak walau badai mendesah. Ukhwah fillah. Tak mungkin patah dengan Ismullah kita berbai'ah, bertemu dan berpisah. Hanya keranaNya. Ukhwah fillah ! :) 



Learnt something new :
  • Niat kerana Allah.
  • Kita kena jadi apa yang Allah nak kita jadi.
  • Don't judge a person by his/her shoes.
  • Pandang orang lain dengan pandangan mata ahli syurga.
  • Dream BIG.
  • Amalkan apa yang Rasulullah S.A.W. ajar.
  • Beriman dengan Allah.
  • Lahirkan generasi yang berkualiti.
  • Sekabur-kabur tulisan adalah sekuat-kuat ingatan.
  • Tanpa usaha, imaginasi tidak akan membuahkan hasil.






Ain Rushdi's Blog. No copyright ™