Sunday, February 3, 2013

Twitter

Assalamualaikum :)

Ahaks, kebelakangan ni aku rasa macam nak je private kan blog ni. Nak post macam macam tapi orang baca ken. Tetapi, memandangkan tak berapa nak ramai yang bukak blog ni so tak jadi lah nak private kan. Lalalalala ~ 

Tajuknya twitter.

Okay, memang nak cerita pasal twitter. Bukan nak cerita pasal dia over capacity ke apa ke. Takde kena mengena dengan benda yang tak hidup. Ni nak cerita pasal tweet lah kan. Nowadays, twitter lah yang meletop letop kan. Facebook dah lama ditinggal tersadai terkapai kapai tanpa malas ambil tahu apa jadi kepada Facebook. Sama saja seperti myspace uollsss dulu tuu.

First of all, I nak tabik sepering lah dekat orang yang tweet agama dan sebarkan ilmu tersebut. Semoga orang yang tweet agama tu diberikan balasan sebaik baik balasan. Kadang aku pelik, ada orang kata tweet agama just nak cari populariti. Kejadah?

Aku rasa memang dia nak share, walaupun dia copy paste entah dari mana mana kan. Sekurang-kurangnya dia share juga benda yang baik dengan kita kan. Even kadang kadang tu, in seconds 10 tweet ayat perfect je. Nampak sangat lah copy nye kan. Kakakakaka.

Tweet tweet agama ni lah yang aku tunggudari hari ke hari. Hanya sebagai santapan hati dan In Shaa Allah dijadikan amalan harian :) disini saya sertakan contoh tweet tweet nya.

Bila kita post "SubhanAllah", secara tak langsung orang lain akan lafazkan "SubhanAllah" dalam hati. Mudahkan nak ajak org utk berzikir :') -shamilzaini-

Kita Islam. Siapa lagi nak solat 5 waktu kalau bukan kita. Siapa lagi nak sembah Allah kalau bukan kita. Kita semua :) -zulabrarhakim-

 Hati ini Allah yang pegang. Bila kesedihan mahupun kegembiraan, Dia maha mengetahui. Itu sudah cukup. Biarlah rahsia yang lain lain. -hanisamani-

SubhanAllah. Kan saya dah cakap :) ahha, tapi tu lah aku ni kalau on twitter bukan sahaja mencari ilmu tapi cari gaduh. Kakakaka. Bukan apa, kawan saya ni gila gila sikit. Tiap kali online sama-sama confirm ada je topik yang nak digaduhkan. Tak tau lah kenapa begitu jadi nya. Then, jadilah drama twitter. Lalalala ~

Ada jugak yang suka tweet cinta. Macam . . . ni.

Don't find love, let love find you. That's why it's called falling in love, because you don't force yourself to fall.

Dan ada jugak yang advice tweet. Contoh . . . 

Getting back with your ex is like taking a shower and putting back on your dirty underwear.

Lawak ke apa ke semua ada. Cari je, kalau tak korang scroll jelah TL korang tuu. Lalalaa ~ boring. Kalau nak TL anda ada tweet yang best-best, follow lah orang yang tweet something berisi. Fahamkan berisi tu apa, maksudnya ada point lah tweet dia. 

Pastu kalau nak tweet tu kena retweet ke apa make sure tulis penuh penuh ataupun orang boleh faham lah apa yang kita tulis tu jangan pulak tulis macam ni . . .

hYe AwAk ... KiTa JuSt NaK bAgItAu bla bla bla ~

atau

hyee awark,..kitteww juerst naq bgta0o bla bla bla ~

Please lah uollsss berbelit belit lidah I ni haa nak baca. And please, tulis text mesej macam tu dah lapuk ditelan zaman batu k. Kakakakaka. 

K kita ni hidup macam era modenisasi kan, so sila lah gunakan bahasa kebangsaan dengan sebetulnya. Eja lah betul betul, bukan apa ia bukan sahaja dapat menyenangkan para pembaca malah dapat menambah lagi followers anda di twitter. Eceh gitu.

Eh aku ni dah macam promote twitter dah pulak. Hahahaha. Kdiam.

Itu sahaja untuk kali ini. Lepas ni tak tau bila lagi nak update blog ni. Hewwww :3 baiklah. Bye! Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Ain Rushdi's Blog. No copyright ™